Friday, August 31, 2012

Syawal 1433H

Taqabbalallahu minna wa minkum.
Salam Syawal 1433H :)

Tahun ini hanya ada satu baju raya, satu tudung raya, dan tiada kasut raya.

Bersyukurlah dengan apa yang ada yer? :)


minta maaf terpaksa crop orang sebelah  :P






Sunday, February 26, 2012

Gebeng yang luka

GEBENG YANG LUKA

Kita ghairah merubah sebanyak tanah bertuah
konon demi rezeki alam dan udara kita.
Kita sengaja terlupa tanah cicit yang syahdu,
tuli akan senandung insan dan unggas nan merdu.

Dari denai ke rimba dan sungai ke samudera
terdengar rintih ombak meraung bumi sejarah.
Pernahkah kita bertanya pada Gebeng terluka—
bersyair, berpantun demi kebahagiaannya?

Kita hanya memacakkan gedung dan kilang zahir
merela bumi Gebeng teracun beransur cair.
Kita sedang alpa malah amat bangat terlupa—
harta terkini menutup masa depan yang lara.

Di sisi mewah harta cemar sejarah bermula,
kita sedang memahat hikayat tragedi bangsa.

7 Oktober, 2011                   
––A. SAMAD SAID
heard on 26 Oktober 2012

'aku menulis kerana aku cinta pada bumi ciptaan Penciptaku'
:)

Tuesday, January 24, 2012

doodle vs dodol

dodol tahu kan?
sejenis makanan...



DOODLE tahu?
sejenis benda yang chomel 
seperti di bawah ini :p


Happy hols :p

Saturday, January 7, 2012

ber-Ombak Rindu



Ombak yang membawa berita gembira
sebentar...
Kemudian pergi...
Melenyapkan segalanya...
Kemudian terbitlah rasa RINDU

masih pelik sehingga hari ini
apa kaitan ombak dan rindu
kehkehkeh
memangla sebab taktengok lagi filem tu. errr 
perlu ke tengok (?) hehs


Semoga kerinduan itu adalah pada pencipta ombak itu :')
Harusnya begitulah
kan

Hati saya meronta-ronta nak berjumpa pantai
Tambah-tambahan lagi dalam revision weeks ni
Konon-kononya nak mencari ketenangan
1.1.12 ayah pun bawa saya ke pantai batu hitam
Melihat ombak dari kejauhan
Sangat betul; melihat dan mendengar deru ombak dari kejauhan sahaja 
Cukup membuatkan ada satu perasaan yang sukar digambarkan
Rasa macam nak senyum sentiasa

Memang ayah sangat memahami anak-anaknya :')
Kebetulan pantai batu hitam : banyak kenangan waktu kecil di sana
Kadang-kadang tak sangka akan belajar dikuantan. 
Kerapkali saya kata "tak sangka akan belajar dikuantan"
Haha

Oh yaa kemudian tamat sahaja paper biochem hari khamis
Anis memandu kami ke Pantai Teluk Chempedak
Sungguh bertuah berada di bumi kuantan, ingin jauh dari kesibukan kota, pergilah ke pantai :P


...