Wednesday, October 4, 2017

Apa yang sudah berubah

Sebenarnya,

Aku sudah bertahun-tahun mengakhiri zaman-zaman sarjana mudaku,
Zaman yang dirasakan terlalu panjang dan sukar -- tetapi rupanya yang paling dirindui dan paling manis setelah ditinggalkan.

--

Oh rupanya kisah sarjana pasca graduasi lebih sukar dan panjang.

--

Dan sebenarnya
Aku sudah memulakan kehidupan yang sebenar -- keluar daripada zon selesa, belajar menyewa rumah di ibu kota bersama teman-teman. Berkhidmat di salah sebuah hospital di ibu kota dan bertahan selama 5 bulan sahaja

--

Kemudian
Aku kembali mencintai kembali dunia research, biostatistic dan journal. Janggal rasanya tiada teman-teman sekelas seperti zaman sarjana muda.

--

Dan ini paling penting
Aku belajar menyintai seorang lelaki yang tidak pernah ku kenal semenjak aku memahami dunia.
Paling aneh -- lelaki tersebut menjadi insan terpenting dalam hidup aku kini
Sehinggakan "I have no idea how important he is to me"
Dan beliau telah menjadi sebahagian jiwa dan hatiku

--
Ya,
Rupanya terlalu banyak perkara yang berubah dalam masa dua tahun ini
Terlalu pantas waktu berlalu

Semoga Dia berkati perjalanan hidup ini.


Friday, March 31, 2017

Kembali

Menjenguk catatan lama.
Ketawa - tersenyum 
Membaca tulisan-tulisan lama yang hodoh.

Maafkan daku blog membiarkan dikau usang terlalu panjang.

Kita masih bisa berbaik-baik semula kan?