Tuesday, April 24, 2018

Dear Humaira'

Wahai anakandaku,
Dengan ini rasminya emak dan ayah menamakan kamu Humaira',
Humaira' binti Mohd Adli.
Humaira' bererti "putih kemerah-merahan" seperti mana emak melihat wajah kamu sebaik sahaja kamu keluar daripada rahim emak.
Kami menamakan kamu dengan nama Humaira' juga sempena panggilan Rasulullah S.A.W kepada isterinya, 'Aishah - Humaira'.

Doa emak dan ayah semoga Humaira' menjadi anak yang pintar, solehah, cantik, pemalu, dan sentiasa berjuang untuk Islam sebagaimana 'Aishah Humaira' isteri Rasulullah S.A.W.

Sirru 'ala barakAtillah wahai anak.

Semoga emak dan ayah mampu memberikan didikan dan ajaran Islam yang sempurna buat kamu.

Emak dan ayah sayang Humaira' selalu.

12 April 2018
10.35pagi.