Tuesday, January 24, 2012

doodle vs dodol

dodol tahu kan?
sejenis makanan...



DOODLE tahu?
sejenis benda yang chomel 
seperti di bawah ini :p


Happy hols :p

Saturday, January 7, 2012

ber-Ombak Rindu



Ombak yang membawa berita gembira
sebentar...
Kemudian pergi...
Melenyapkan segalanya...
Kemudian terbitlah rasa RINDU

masih pelik sehingga hari ini
apa kaitan ombak dan rindu
kehkehkeh
memangla sebab taktengok lagi filem tu. errr 
perlu ke tengok (?) hehs


Semoga kerinduan itu adalah pada pencipta ombak itu :')
Harusnya begitulah
kan

Hati saya meronta-ronta nak berjumpa pantai
Tambah-tambahan lagi dalam revision weeks ni
Konon-kononya nak mencari ketenangan
1.1.12 ayah pun bawa saya ke pantai batu hitam
Melihat ombak dari kejauhan
Sangat betul; melihat dan mendengar deru ombak dari kejauhan sahaja 
Cukup membuatkan ada satu perasaan yang sukar digambarkan
Rasa macam nak senyum sentiasa

Memang ayah sangat memahami anak-anaknya :')
Kebetulan pantai batu hitam : banyak kenangan waktu kecil di sana
Kadang-kadang tak sangka akan belajar dikuantan. 
Kerapkali saya kata "tak sangka akan belajar dikuantan"
Haha

Oh yaa kemudian tamat sahaja paper biochem hari khamis
Anis memandu kami ke Pantai Teluk Chempedak
Sungguh bertuah berada di bumi kuantan, ingin jauh dari kesibukan kota, pergilah ke pantai :P


...

Friday, November 4, 2011

masa kelmarin yang manis itu masih milik kita

menunggu sejak kelmarin
tetingkap kecil itu terbuka sendiri

baruku sedar
sudah lebih lapan minggu
berada di bumi kuantan

dan

hari ini paper terakhir
untuk mid-semester exam


sungguh cepat masa yang Manis itu meninggalkan kita!
masa Manis itu masih milik kita
cuma telah berlalu =)

Thursday, November 3, 2011

Sunday, October 23, 2011

Cukup Allah bagiku

Sedih.
Bila tengok maksiat/orang buat dosa depan mata kita,
Tapi kita tak dapat nak cegah/tegur.
Sedih.
Bila tengok kawan-kawan sendiri bergambar berdua-duaan laki perempuan.
(baca: nak ke future wife or husband kite pernah bergambar berdua-duaan laki perempuan dengan sengaja?)
Lagi sedih
Bila perempuan yang mintak nak bergambar dan yang memulakan,
Sedangkan malu itu adalah mahkota seorang perempuan.

Sedih.
Selalu terfikir,apa lah function aku sebagai kawan kalau kawan sendiri pun aku tak dapat nak tegur.
Apalah function aku yang konon nya pejuang islam,pendakwah tapi tak dapat jalankan amar ma'ruf nahi mungkar sebaik-baiknya.
(baca: " Man Qola La ilaha Illa Allah Muhammadu Rasulullah fahuwa Da'ei " maksudnya " barang siapa yang menyatakan tiada Tuhan Selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah maka dia adalah pendakwah ")


Ya Allah jauhkan la aku daripada fitnah dunia
Ya Allah jauhkan la aku daripada fitnah lelaki
Ya Allah jauhkan la aku daripada cinta yang berlebih-lebihan terhadap dunia




Ambillah apa yang bermanfaat daripada apa yang aku tulis ini, 
Andai tiada yang bermanfaat,tinggalkanlah segala yang buruk.
Tegur dan bantulah aku andai lihat aku terleka, terlalai, dan terjatuh.
Aku sendiri juga tak sempurna,aku sendiri juga pendosa yang hina. T.T


 “Baliighu annii walau ayyah: sampaikanlah meski hanya satu ayat”

Cukup Allah bagiku :)

Wednesday, September 28, 2011

sang pemimpi terjaga dari lena yang panjang

welcome to the garden of knowledge and virtue :)

ini gambar dulu tengah banyak pembinaan


bumi tabari dijejaki
iium kuantan diterokai
jalan hospital campus dijelajahi
kuantan parade kini menjadi tempat permainan harian 

suasana yang baru
aku yang sentiasa bersemangat :P

Monday, August 22, 2011

Cita-cita dan Cinta

'kejarlah cita-cita sebelum cinta'

Cinta itulah cita-cita aku
Lalu bagaimana sih?

*senyum*

Kini aku mengerti secebis ayat itu mampu membina sebuah harapan yang lebih tinggi daripada gunung everest




Kembara insan mencari cinta Ilahi yang tiada noktahnya ini paling penting :)
10 Malam terakhir Ramadhan jom buru Lailatul Qadr
Allahummarzuqna lailatul qadr fi hazihi sanah wa fi kulli sanah.Allahumma aminn
AHLAN WASAHLAN !!